Thursday 30 October 2014

Kerja tetap

Aku ingat nak cari kerja tetap tapi rasa macam tak yakin pula......yela bukan senang nak cari kerja yang sesuai dan pendapatan stabil. Aku harap masih ada sinar kerja untuk hidup aku......kalau boleh aku nak jadi manusia berjaya dan kaya pastu bantu orang miskin di malaysia.

Gaji

Masalah kerja sambilan kerajaan ni adalah gaji, selalu tertunggak dan lambat. Sakit jiwa pun ada, rasa nak hentak je muka orang yang urus duit peruntukan, ingat datang kerja pakai air liur ke?tenaga duit banyak habis, diaorang rilek goyang kaki kerja kitaorang bereskan.......senang betul hidup korang.

Jatuh hati

Baru beberapa bulan kerja disini, aku dah minat kat sorang kakak ni,  sayang dia dah nak kawin tiba2.Mungkin sebab ramai sangat dok tanya dia bila nak kawin kot? Walau dia lebih tua dari aku, aku sanggup peristerikan dia, masalahnya aku ni takde berharta.....nak ke dia kat aku? hahahahahha

Dengki

Aku tau ada beberapa kakitangan pejabat yg jaki dengki kat aku. Katanya aku dapat kerja dan hanya ikut arahan adik aku.Kalau aku ikut bukannya aku ganggu diaorang atau menyebabkan kerja aku tertangguh. Dasar Melayu ni banyak sangat hasad dengki. Kalau dia culas atau lari dari buat kerja tak apa, kalau orang lain terlewat gi kerja nampak sangat, padahal dia hari2 datang kerja lewat pastu balik awal. Boleh siap jaja nama aku ke seluruh daerah negeri ni. Macam haram punya perangai, menjawab la ko kat Hari Akhirat nanti.

Cabaran & Halangan

Kerja sambilan kerajaan takdelah susah sangat sebab kerja tak banyak. Cuma jadi cabaran dan halangan buat aku ialah pandangan dan layanan pekerja tetap yang ada view mereka terhadap aku. Kata mereka aku ni budak U tapi tak pandai sangat buat kerja. Kata aku malu, tapi Alhamdulillah sampai sekarang aku masih bekerja berbekalkan tahap malu aku yg kronik ni. Bila dh banyak sangat pandangan negatif + positif aku pekakkan telinga tebalkan muka, datang kerja hari2. Lantak la diaorang nk kutuk kata apa pun, bukan korang yg beri aku gaji.....janji aku buat kerja aku dan tak culas.

Kerja

Start 6.5.2014 hingga 31.10.2014 ni genap 6 bulan aku kerja. Walaupun kerja sambilan dgn gaji rm 54 sehari, rasa sangat bersyukur dan nikmat sebab dapat rasa gaji hasil penat lelah bekerja. Terima kasih ya Allah kerana masih mahu beri aku rezeki Mu di bumi ini.